Custom Search

LEAVE YOUR MSG

Related Posts with Thumbnails

Monday, March 23, 2009

Long House

ok lah, pos aku ke empai lama bekait enggau rumah panjai kami enda?...hmmm...tapi empai lama aku nadai tetemu ke gambar tOk...ukai nama deh, kelalu mayuh endar gambar dalam hard disk aku tok...hahaha...pagi tok...entah...aku nyau tepeda keia lalu...nama agi deh...post agai blog la...ukai nama gak ku ka mantai ke gambar tok...laban...sekumbang aku ke udah diau ba menua Kuala Lumpur tok, mayuh endar bala orang nanya ba aku, baka ni gaya rumah panjai kitak?...haha selalu ia aku nyaut...korang datang lah pegi Kuching...pergi kampung budaya...kat situ ada rumah panjang....hahaha....nadai jaku agi wai....
Rumah panjai kami tok enda ga baru tang enda gak lama...tang agi bergantung...dah arkitek ia ngaga bergantung deh...hehe...discription pasal rumah panjai kami udah ku madah ba post ke dulu. so, enda ibuh cerita panjai lah..




***two kid fishing at the jetty***

***Apart of rumah panjai call "tanju"***

***Picture taken form back of the long house "ujung bilik"***

***This part call "kaki lima"***

***It's called "ruai"come, we run 100 meter sprint..hehe***
***Picture from inside one of the family there***


Actually, i take this photo for my assignment...hehe...so THIS IS LONG HOUSE for you out there how don't know anything about long house. one more thing, don't make any streotype and self-generalization...guess what??..this is just one over all long house in Sarawak.thanks.

Read more...

Tuesday, March 10, 2009

Transvestism@Transvestic Fetishism

Bayangkan enti orang kemi sepiak kitak indu tapi kemi secara bediri...nama utai bermain dalam ati kitak?..Enti aku...tak enda nyadi kemi meh aku...



Aku pen enda faham....nama kebuah orang ke baka tok tauk bisi dalam dunya. Ukai ku x nerima kewujudan sida tapi, kan udah manah-manah kitai dijadikan LAKI tapi deka nyadi INDU..A man dressed like a women..i can't accept it..sorry to say loo...i feel unconfortable when i look at them[saya rasa malu sebagai seorang lelaki. geli pun ada]-is it aaaa.... some kind of penindasan???sorry rrr... well u know, some of them have minat to lelaki...wooooo...that what im talking about....GAYYYYY...wat da fxxx...maybe this kind of thing is NORMAL for other country...but i don't think it can be accepted in our country right!!!!we're Timur with our budaya Timur...

I wrote this coz arrr...i can't find someone to be my client for cross culture counseling....Waaaaa....jika saya indu saya kompon nyabak...huhu...well u know, it bring me markah...hehe..but, this tajuk quite interesting. That why i put it in my blog, just want to share with ya all about something that i do.

***Dibaruh tok nyerita ke pasal sidak meh...baka ni transvestism tok betukar nama, udahnya reti ia, ciri-ciri enggau Informasi ke bukai***{sekeda part diambi ku ari web ke bukai}

The term transvestism has undergone several changes of meaning since it was coined in the 1910s, and it is still used in a variety of senses. Magnus Hirschfeld coined the term transvestism (from Latin trans-, "across, over" and vestere, "to dress or to wear") in 1910 in his book "Die Transvestiten : eine Untersuchung ├╝ber den erotischen Verkleidungstrieb"("The transvestites : an investigation of the erotic urge to disguise"). The modern definitions of transvestism (since 1980) have focused specifically on recurrent and persistent cross-dressing by heterosexual males for the purposes of sexual excitement and anxiety reduction or avoidance. In DSM-III-R (American Psychiatric Association 1987), the general criteria developed for DSM-III (American Psychiatric Association 1980) were refined, and the name of the diagnosis was changed to transvestic fetishism. In psychiatry, a paraphilic condition marked by recurrent, intense sexual urges and sexually aurosing fantasies involving dressing in female clothing in which the person has either acted on these urges or is strongly distressed by them. Defined by the American Psychiatric Association (1994): ' Over a period of at least 6 months, in a heterosexual male, recurrent, intense sexually aurosing fantasies, sexual urges, or behaviors involving cross-dressing. The fantasies, sexual urges, or behaviors cause clinically significant distress or impairment in social, occupational, or other important areas of functioning.

Chracteristic

Generally, transvestites are a group of cross-dressing, male-bodied, male identified, and gynophilic persons. They universally assign their identity by dressing in clothes of a gender that is different from the gender to which they are allocated by birth. For example, A male gets sexual satisfaction by dressing up in girl's clothes. Most of them is a heterosexual married male. He may use his wife or girlfriend's undergarments (bras, panties). He may feel guilty and uncomfortable about deriving sexual satisfaction in this way. Some marriages and relationships fail because of this. They exclude transvestic fetishism and they usually do not include transsexuals. The selection of their sexual partners depend upon their fantasy. They may select a male partner in accordance with their dress code or they will select a female partner in accordance with their biological sex. In that case it can be assumed that for a transvestite sexual arousal is often, but not always associated with his transvestite behavior. Transvestism is mostly considered in association with homosexuality and in most cases transvestites are called as homosexuals. He habitually confuses himself between a man and a woman. He often confronts with the question whether he has to undergo transvestism. In most cases a transvestite can’t understand the limit to which he can carry out the practice. A transvestite will also fear that his bizarre behavior will set him apart from relationships.

Read more...

Sunday, March 8, 2009

The Journal Of Psychology, 2006 - 1 article review

REVIEW

***Cognitive and Belief in Paranormal Phenomena: Gestalt/Feature-Intensive Processing Theory and Tendencies toward ADHD, Depression, and Dissiociation.

Matthew J. Sharps, Justin Matthews and Janet Asten, Department of Psychology, California State Universiti, Presno.

Mitos adalah berpunca daripada imaginasi manusia yang kurang sempurna ataupu tidak betul. Ia berkaitan dengan sesuatu yang dilihat muncul tetapi dengan penerangan yang tidak tepat dan tidak sepenuhnya. Lagipun, keadaan objek yang dilihat dinyatakan sentiasa berbeza oleh individu yang berbeza. Akhirnya, apa yang dapat disumpulkan ialah apa ynag dilihat itu ialah sesuatu yang tidak pernah wujid seperti Unicorn, Bigfoot, Yeti, The Loch Ness Monster, UFO dan sebagainya.

Dalam dunia yang moden ini, lebih sukar untuk mengekalkan kepercayaan sebegitu. Lebih banyak manusia meneroka dunia ini dengan teknologi yang lebih canggih maka makin berkurang kepercayaan kepada pekara seperti itu. Contohnya, kamera dapat menangkap gambar dengan tepat dan memberi maklumat dengan betul. Namun begitu, media masih memberi liputan tentang sesuatu yang tidak dapat diterima akal. Manusia masih mempunyai kepercayaan bahawa hantu wujud di dalam rumah kosong yang telah ditinggalkan dan UFO mendarat di atas jalan raya. Ini membuktikan bahawa pengetahuan manusia tentang dunia ini masih belum cukup.

Sesetengat ahli paranormal mendapati bahawa pekara ini berlaku disebabkan oleh salah penglihatan dan tanggapan. Kebanyakan daripada kenyataan ahli paranormal dapat diterangkan di dalam psikologi. Ia adalah penting untuk mengetahui dinamik psikologi dalam sistem kepercayaan yang mungkin dapat menerangkan tentang keadaan yang membuatkan individu membuat interprestasi yang salah. Rumusannya, bila individu berada dalam keadaan yang stress, menghadapi suatu keadaan yang kompleks dan apabila individu berada dalam persekitaran yang berlainan, mereka akan cenderung untuk melihat sesuatu objek seperti objek yang lain.

Responden

Dalam kajian ini, melibatkan 56 responden wanita [purata umur=20.30, SD=3.78] dan 30 orang responden lelaki [purata umur=20.06, SD=1.98].

Prosedur kajian

-Semua responden menjalankan satu battery of instruments.

-Memastikan treat ADHD menggunakan=Conners Adult ADHD Rating Scales.

-Treat kesedihan dan tekanan dipastikan dengan=Standard Beck Depression Inventory-2.

-Treat dissosiatif dikenalpasti dengan menggunakan=Dissociation Experiences Scales.

Mereka mengkehendaki responden menyatakannya dalam bentu oral dan juga secara bertulis untuk memastikan jawapan yang diberikan adalah tepat.

-Menggunakan 7-point Likert Scales untuk menyukat kepercayaan paranormal dan cryptozoological.

-Menghasilkan 16 item utama daripada 77 soalan instrumen.

Mereka mendapati bahawa soalan yang dikenalpasti itu adalan impirikal valid ataupun reliabe dalam mengesan kepercayaan sebegitu daripada populasi tertentu.

-Menggunakan analisis series of regression untuk mentaksir keputusan dan membuang 5 lagi item ujian kerana ada responden yang tidak biasa dengan pekara yang ditanya.

-Kepercayaan tentang paranormal dan cryptozoological dipastikan semula menggunakan 11 iten itu.

-Kemudiannya, skor yang diperolehi akan dibandingkan dengan skor yang diperolehi daripada ujian CAARS, BDI-2 dan DES.

Perbincangan

Keputusan dalam kajian ini telah menyokong hipotesis awal mereka dimana tekanan, dissosiatif dan hiperaktif atau komponen impulsif dalam ADHD [orang dewasa yang tidak pernah di diagnos menggunakan mana-mana instrumen] adalah berkait dengan kecenderungan kepada paranormal dan cryptozoological. Dissosiatif pula merhubung dengan perubahan tahap paranormal secara keseluruhannya tetapi tidak bagi treat kepercayaan yang lebih spesifik.

Link to original article:

-http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/17144153

-http://www.encyclopedia.com/doc/1G1-155671417.html



Read more...

Saturday, March 7, 2009

PONTENG:FAKTOR DAN PENGARUH PONTENG TERHADAP PELAJAR UNIVERSITI

Fokus Kajian



Peserta kajian yang kami pilih adalah pelajar kaunseling tahun tiga, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Fokus peserta kajian yang kami pilih dalam kajian kami berdasarkan ciri-ciri iaitu pelajar lelaki yang selalu ponteng kelas dan maklumat ini kami perolehi daripada kehadiran pelajar tersebut di dalam kelas. Kami juga banyak membuat pemerhatian tentang kehadiran pelajar tersebut sebelum memilih pelajar itu menjadi peserta kajian kami dan berdasarkan pemerhatian yang kami buat peserta kajian kami sering ponteng kelas.

Fokus kajian kami berdasarkan beberapa soalan yang kami kemukakan kepada peserta kajian iaitu sebab peserta kajian sering ponteng kelas dan kami fokus kepada tiga aspek iaitu sebab diri peserta kajian itu sendiri, pengaruh daripada rakan sekelas, persekitaran kelas atau tempat belajar tidak selesa dan cara pembelajaran pensyarah di dalam kelas yang tidak menarik minat peserta kajian untuk ponteng kelas.

Dalam temubual yang kami lakukan aspek diri peserta kajian yang kami dapati adalah peserta kajian malas untuk ke kelas terutamanya pada waktu pagi kerana peserta kajian mengantuk. Kami dapati peserta kajian kami melakukan kerja sambilan pada waktu malam sehingga lewat pagi dengan berniaga bagi menambah wang perbelanjaan.

Seterusnya adalah pengaruh rakan sekelas yang menyebabkan peserta kajian sering ponteng kelas kerana rakan sekelas sentiasa mengajak peserta kajian melepak dan tidur. Selain itu, persekitaran kelas dan tempat belajar yang tidak selesa seperti kelas berbau busuk, banyak kerusi dan meja yang rosak menyebabkan peserta kajian ponteng kelas kerana peserta kajian tidak selesa dengan situasi tersebut dan menggangu tumpuannya untuk belajar.

Cara pensyarah mengajar dalam kelas juga mempengaruhi peserta kajian ponteng kelas kerana peserta kajian berasa tidak berminat dengan cara pensyarah mengajar menggunakan slide show dan tidak menggunakan pndekatan yang lebih menarik seperti belajar menggunakan video, berbincang dalam kelas dan lain-lain.



Bentuk Kajian



Objektif Kajian



Mengetahui punca-punca utama @ mengapa berlakunya gejala ponteng dalam kalangan mahasiswa/mahasisiwi.


Mengetahui pengaruh @ akibat kegiatan ponteng terhadap individu yang terlibat


Mengetahui adakah perlakuan ponteng akan mempengaruhi keputusan peperiksaan seseorang


Objektif ini bertujuan untuk mengetahui sebab-sebab ponteng kelas kerap berlaku dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar lelaki kaunseling tahun 3, fakulti pendidikan, universiti Malaya. Daripada kajian yang dilakukan kami dapat mengetahui beberapa sebab besar yang menjadi punca gajala ini berlaku hasil daripada temubual yang dilakukan beberapa kali dengan responden.

Selain itu kami juga ingin mengetahui pengaruh serta akibat ponteng terhadap individu yang terlibat. Oleh itu temubual yang dijalankan kami memfokuskan soalan mengenai pengaruh-pengaruh sampingan yang menyebabkan responden berkelakuan demikian serta prestasi akademik yang diperolehi responden sepanjang pengajiannya.


Soalan Kajian.


Apakah sebab pelajar ponteng kelas?


Adakah cara pengajaran pensyarah mempengaruhi gejala ponteng?


Adakah suasana bilik kuliah membuatkan pelajar ponteng?


Apakah aktiviti yang mereka lakukan semasa ponteng?


Apakah yang dilakukan semasa ponteng?


Bagaimanakah ponteng dapat mempengaruhi keputusan peperiksaan?


Soalan kajian dibuat bertujuan untuk memudahkan kami memfokus apa yang ingin kami dapatkan sebagai maklumat kajian. Melalui soalan kajian tersebut kami menjadikannya item besar untuk membina soalan-soalan item kecil bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas. Selain itu, kami juga membina soalan temubual hasil daripada biasan kata-kata peserta kajian. Selain kami dapat memperolehi maklumat berguna untuk kajian kami, kami juga dapat mengetahui emosi atau perasaan peserta kajian terhadap tingkahlaku tersebut.


Pernyataan Masalah


Ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah atau universiti dengan harapan untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu yang ada. Melalui pendidikan, tingkah laku dapat diubah dan dibentuk dalam diri mereka. Tingkah laku dan pengamalan akhlak yang baik sangat diharapkan oleh ibu bapa dan juga seluruh masyarakat terhadap generasi pelajar sekarang. Namun harapan ini tidak mungkin akan kesampaian jika para pelajar terjebak dalam gejala ponteng. Masalah ini tidak mengira tingkat pelajaran daripada sekolah rendah sehingga ke university dan terus kepada dunia pekerjaan.

Masalah ponteng sering diberi perhatian di peringkat sekolah-sekolah sahaja. Mana tidaknya, kajian-kajian yang berkenaan dengan masalah ponteng di timpukan semuanya kepada sekolah-sekolah. Namun, kita terlupa ataupun terlepas pandang kepada masalah ponteng kuliah di kalangan pelajar-pelajar university. Masalah ponteng kuliah oleh pelajar university tidak banyak bezanya dengan masalah ponteng kelas oleh pelajar sekolah. Namanyapun tetap “ponteng”. Ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran (Kamus Dewan: 979).

Menurut Rasidah bt Omar (2005) pula, ponteng sekolah boleh ditakrifkan sebagai ketidakhadiran pelajar ke sekolah dengan sengaja tanpa sebarang alasan yang munasabah. Masa yang sepatutnya diisikan dengan menimba ilmu pengetahuan sebaliknya dihabiskan dengan melakukan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti tidur di rumah, melepak di komplek membeli belah atau pusat rekreasi dan pusat hiburan. Namun begitu, ada juga di kalangan pelajar yang ponteng untuk menyiapkan tugasan yang belum siap dan perlu di hantar dengan segera. Ponteng sebegini saya rasa lebih berfaedah daripada ponteng yang tanpa sebab yang lain.

Dalam konteks pelajar university, saya merasakan konsep ponteng ini sepatutnya tiada. Ini kerana para pelajar yang memasuki university semuanya sudah pandai berfikir dan mereka telahpun menjadi harapan bangsa untuk meneraju Negara pada suatu hari nanti. Cuba kita fikirkan, ponteng berlaku di kalangan pelajar university, apatah lagi di peringkat sekolah. Dan juga, adakah individu yang ponteng di university juga ponteng ketika di bangku sekolah dahulu.

Kegiatan ponteng dilakukan sama ada secara individu atau secara berkelompok. Kebanyakan pelajar yang ponteng sekolah secara berkelompok cenderung untuk memilih sebuah kawasan untuk dijadikan tempat untuk melepak. Masa atau hari untuk ponteng biasanya telah dirancang dan dapat dikenal pasti traitnya (Lee Chan. How, 2007). Begitu juga dengan keadaannya dengan pelajar university, mereka ponteng di kolej, menyertai aktiviti persatuan dengan tidak menghadiri kuliah, keluar membeli belah di shopping complex, menonton wayang, keluar dengan teman lelaki atau teman wanita dan banyak lagi.

Sekiranya masalah ini dibiarkan berterusan, negara tidak akan mencapai seperti mana yang dikehendaki dalam wawasan 2020 iaitu mewujudkan sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etika dengan warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur (Mahathir, 1991). Oleh itu, semua pihak harus mengembling tenaga untuk sekurang-kurangnya mengurangkan gejala ponteng dikalangan pelajar university. Ini kerana mereka adalah tunjang belakang kepada pembangunan Negara pada suatu hari nanti. Saya juga menyeru para pelajar university supaya menyahut seruan ini dan menyedari mereka adalah harapan orang tua dan Negara.


Tinjauan Ringkas Literature


Kami tidak dapat menjumpai mana-mana buku, tesis ataupun kajian lalu yang sangat bertepatan dengan kajian kami yang berkaitan dengan kegiatan ponteng dikalangan pelajar di universiti. Apa yang kami dapati ialah kajian berkaitan dengan ponteng yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Ini mungkin disebabkan kegiatan pelajar university yang ponteng tidak begitu menarik minat pengkaji untuk mendalaminya ataupun menunggu fenomena ini menjadi lebuh teruk barulah member perhatian yang serius. Walaubagaimana pun, perkaitannya tetap juga ponteng. Kami merasakan tidak banyak bezanya kegiatan ponteng yang di lakukan oleh pelajar sekolah dengan kegiatan ponteng yang dilakukan oleh pelajar university. Istilah lain yang digunakan untuk menyatakan ponteng ialah “truancy”.


Definisi Ponteng


Cambridge International of English (1995), menyatakan definisi ponteng, sebagai “kanak-kanak yang selalu tidak hadir ke sekolah tanpa kebenaran”.

The Oxford Dictionary of Current English (1989) menyatakan, truancy atau ponteng sebagai, “kanak-kanak yang selalu menjauhkan diri dari sekolah tanpa kebenaran”.

Tenku Iskandar dalam kamus dewan (1992) memberi definisi kepada ponteng sebagai tindakan lari dari tugas atau tanggungjawab: sementara memonteng pula ialah menipu atau meninggalkan tugas atau tanggungjawab tanpa kebenaran.

Supramaniam(1998) & Thi Lip Sam (1994), memberi makna kepada perkataan ponteng secara umum dengan merujuk kepada pelajar-pelajar yang tidak berada di dalam kawasan sekolah.

Yaakub (1977), ponteng adalah merujuk kepada pelajar yang tidak hadir atau tidak datang belajar ke sekolah tanpa izin guru atau ibu bapa. Menurutnya lagi, pelajar yang meninggalkan kelas tanpa izin guru, lari atau keluar dari kawasan sekolah pada waktu mereka sebatutnya mereka berada di daam bilik darjah atau kelas untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran juga termasuk dalam pengertian ponteng.

Jenkins (1995), mengklasifikasikan ketidakhadiran ke sekolah kepada ponteng kelas, meninggalkan sekolah tanpa kebenaran atau lari dari sekolah. Beliau menegaskan bahawa pelajar yang ponteng selalunya tidak hadir atau lari dari sekolah, tidak dapat dipupuk kebolehan intelektualnya dan pembentukan kemahiran-kemahiran lain untuk masa hadapannya. Seterusnya memungkinkan mereka mengalami keciciran.

Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan pengertian ponteng ini setelah melihat kepada definisinya yang diberikan oleh para cendikiawan sebagai, ponteng merujuk kepada perbuatan atau tingkah laku tidak hadir ke sekolah atau kelas dan lari atau meninggalkan kelas tanpa kebenaran atau pengetahuan guru, pihak sekolah dan ibu bapa. Pelajar tidak berada dalam kelas atau kawasan sekolah pada masa yang sepatutnya dia berada di kawasan sekolah atau kelas atau semasa kelas berjalan tanpa kebenaran. Secara ringkasnya, ponteng ialah perbuatan KELUAR DARI KELAS ATAU SEKOLAH TANPA KEBENARAN daripada mereka-mereka yang berkuasa seperti pihak sekolah dan juga guru yang mengajar.


Factor-Faktor Ponteng


Masalah ponteng ini sememangnya topic lama yang sering dibincangkan di pelbagai peringkat dari peringkat bawah sehinggakan ke peringkat kementerian serta parlimen. Sebenarnya tingkah laku ponteng ini disebabkan oleh pelbagai factor sama ada dari sudut luaran dan juga dalaman individu yang terlibat seperti factor diri individu, keluarga, sekolah dan persekitaran. Pekara-pekara ini telah di beri perhatian oleh pengkaji-pengkaji yang mengkaji tentang gejala ponteng ini. Sesungguhnya, gejala ponteng ini adalah sesuatu yang serius serta patut diberikan perhatian oleh semua pihak. Apatah lagi gejala ponteng ini telah meresap ke peringkat university. Adalah sangat memalukan dan merugikan jika pekara ini terbongkar pada suatu hari nanti. Ia dapat mencalar bukan sahaja nama baik individu malah nama baik university dan juga Negara.

Yaacob (1977), dalam kajiannya yang berdasarkan perbedaan nilai-nilai yang diamalkan oleh ibu bapa pelajar ponteng dengan nilai yang diamalkan oleh ibu bapa pelajar yang tidak ponteng ialah nilai terhadap permodenan, tahap pembelajaran, sekolah, disiplin dan hukuman. Ibu bapa pelajar ponteng meletakkan sepenuhnya tanggungjawab pendidikan anak-anak kepada pihak sekolah dan guru-guru serta mereka ini mempunyai aspirasi yang sedikit kepada anak-anak. Berlainan dengan ibu bapa pelajar yang tidak ponteng, mereka sendiri campur tangan dalam pendidikan anak-anak.

Ponteng meningkat selaras dengan peningkatan umur pelajar. Ini bermaksud, semakin senior seseorang pelajar itu semakin kerap kemungkinan dia untuk melakukan kegiatan ponteng. Pelajar-pelajra yang ponteng ini juga suka dan mempunyai kawan-kawan dari kalangan pelajar yang ponteng juga. Mereka akan membentuk “geng” yang mempunyai ciri yang sama iaitu suka ponteng. Bak kata orang, kalau kita ingin mengetahui sesuatu tentang seseorang, lihatlah kepada rakan-rakannya atau siapa yang rapat dengan mereka. Kebanyakan pelajar yang terlibat dengan masalah ponteng ini adalah terdiri daripada mereka yang datang dari sosio-ekomomi yang rendah. Yaacob (1977), juga menemui bahawa pelajar-pelajar yang gagal dalam peperiksaan adalah tinggi dikalangan pelajar yang ponteng berbanding dengan pelajar yang tidak ponteng. Dan ibubapa yang lebih muda menghadapi masalah anak yang suka ponteng lebih ramai berbanding dengan ibubapa yang yang lebuh tua.

Mitchell (1972), dalam kajian yang dijalankan terhadap pelajar sekolah menengah menyatakan, ketidakhadiran adalah meningkat sejajar dengan peningkatan umur untuk meninggalkan bangku sekolah. Sementara itu, Tyerman (1968) dan Fogelman & Richardson (1974), mendedahkan bahawa gejala ponteng ini adalah lebih kerap dikalangan pelajar-pelajar lelaki berbanding dengan pelajar-pelajar perempuan. Tyerman (1968) juga menemui bahawa pelajar-pelajar yang kerap ponteng ini kebanyakkannya datang dari kumpulan kelas yang lemah atau pemulihan berbanding dengan jurusan yang lebih baik. Pernemuan yang sama oleh Rozelle (1968), Morgan (1975) dan kooker (1976).

Keadaan rumah tangga yang tidak harmoni juga mengakibatkan timbul perasaan tidak gembira, rendah diri serta kekecewaan yang boleh menyumbang kepada kejadian ponteng (Tyerman, 1958). Sementara itu, Glosgow menyatakan terdapat hubungan yang signifikan antara tingkah laku ponteng dengan keadaan rumah tangga yang kucar kacir. Beliau juga menyatakan kanak-kanak yang ponteng ini datang daripada keluarga yang kurang berdisiplin serta mempunyai abang atau kakak yang terlibat dengan salah laku ponteng.

Keadaan persekitaran dan juga latar belakang rumah tangga juga dipercayai boleh mempengaruhi seseorang itu menjadi sebahagian sebagai tempat-tempat perbuatan jenayah. Keadaan persekitaran yang tidak selesa, sesak dengan penduduk, infrastruktur yang tidak sempurna dimana kemungkinannya terdapat anasir-anasir yang kurang baik seperti pengedaran dadah, tempat-tempat hiburan terbuka, pelacuran yang boleh mempengaruhi pelajar sehingga menyebabkan mereka ponteng. Tibberhan, (1977), menyatakan bahawa ponteng ada hubungan dengan keadaan tempat tinggal yang sesak..sementara itu, Galloway (1976), menyatakan sekolah-sekolah yang mempunyai kadar ponteng yang tinggi adalah terdiri daripada pelajra-pelajar yang menghadapi kesukaran dari segi sosio-ekonomi. Keadaan kehidupan yang terdesak membuatkan mereka kurang berminat dengan pelajaran formal kerana ia memerlukan pebelanjaan yang mahal dimana kelas sosio ekonami yang rendah tidak dapat menampung perbelanjaan persekolahan itu (Hyman, 1976). Collin & Douglas (1937), menyatakan kemungkinan kanak-kanak ini terpaksa bekerja untuk membantu keluarga. Oleh yang demikian, mereka tidak dapat hadir ke kelas dan terpaksa ponteng.

Ponteng sering dikaitkan dengan kanak-kanak yang nakal. Mawby (1977) dalam kajiannya keatas pelajar yang ponteng di Glasgow, menemui perkaitan antara mereka yang melakukan perbuatan ponteng dengan perbuatan nakal. Maksudnya pelajar yang suka ponteng adalah kakan-kanak yang nakal.

Laporan keciciran Kementerian Pelajaran Malaysia (1973) menyatakan bahawa prestasi akademik yang rendah mempunyai kaitan dengan masalah ponteng. Laporan itu juga menyatakan bahawa guru juga boleh mempengaruhi tingkah laku ponteng melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, cara dan gaya pengajaran guru perlu diambil perhatian kerana ia dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan tidak ponteng kelas dan ia juga dapat mendatangkan rasa bosan dan benci pelajar sekaligus menyebabkan mereka ponteng kelas.

Ibrahim (1982), menyatakan bahawa punca ponteng adalah berkaitan dengan kegagalan guru untuk menimbulkan minat belajar dikalangan pelajar yang rendah pencapaian akademiknya. Guru juga gagal dalam memainkan peranannya, kurang dedikasi serta kurang memotivasikan para pelajarnya. Beliau juga mendapati ponteng ada hubungan dengan pengajaran guru yang terlalu bergantung kepada buku teks sahaja tanpa menggunakan daya kreativiti dan imaginasinya untuk menceriakan dan mempelbagaikan cara pengajarannya untuk menarik minat pelajar. Tingkah laku guru yang “streotaip” terhadap pelajar yang kurang menonjol dalam pencapaian dalam kelas juga mempengaruhi salah laku ponteng. Pelajar yang mempunyai pencapaian yang rendah akan ponteng kerana mereka sukar atau tidak dapat menerima sesuatu yang diajar oleh gurunya. Pelajar yang mempunyai pencapaian yang tinggi akan ponteng kerana mereka sudah bosan dan merasakan pembelajaran yang disertai itu tidak mencabar langsung. Pelajar yang ponteng juga berkemungkinan bosan dengan sesuatu matapelajaran, tidak suka cikgu yang mengajar serta cara pengajaran guru itu. Supramaniam (1998), mengatakan pelajar sekolah ponteng kerana bosan dengan pelajaran, takut menghadapi guru yang garang dan takut menghadapi hukuman disekolah.

Factor ibubapa yang sentiasa sibuk dengan pekerjaan untuk menambahkan pendapatan sehingga tidak menghiraukan pembelajaran anak-anak juga memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Keadaan ini dilihat melalui kajian yang dijalankan oleh (ishak, 1995), (Hasmi, et al, 1994). Dalam kajian yang dijalankan oleh Raven, 1978 lebih kurang satu per tiga daripada pelajar yang ponteng ini benci untuk pergi ke sekolah kerana lebih suka untuk pergi bekerja.

Kebanyakan daripada kajian ini dapat melihat kepada factor luaran mengapa berlakunya ponteng. Namun kita harus sedar bahawa sebarang salah laku sentiasa dipertahankan dengan mekanisme bela diri yang boleh mengukuhkan persepsi mereka terhadap tindakan yang mereka lakukan. Orang yang salah tidak akan mengaki diri salah, dia akan berusaha untuk membuktikan bahawa dia betul. Sememangnya sudah lumrah, manusia sentiasa menunding jari ke arah orang lain ke atas kesilapan dan kelemahan diri sendiri. Mereka sentiasa beranggapan bahawa hanya mereka sahaja yang betul sementara orang lain adalah salah.

Prosedur Pemilihan Peserta

Beberapa perkara dilakukan untuk memastikan peserta kajian atau responden memenuhi kriteria yang diperlukan selaras dengan tajuk kajian. Pemerhatian secara tidak formal dilakukan bagi memilih responden yang terlibat dengan tingkahlaku ponteng. Kami juga mendapatkan beberapa maklumat mengenai pelajar ponteng daripada rakan-rakan sekelas pelajar tersebut.

Setelah maklumat tentang peserta kajian diperolehi, kami terlebih dahulu mendapatkan kebenaran secara tidak formal daripada peserta kajian dan bertanyakan serba sedikit soalan tentang tingkahlaku ponteng. Hal ini bertujuan untuk mengesahkan kebenaran maklumat yang kami kumpul.

Hasil daripada maklumat yang diperolehi kami menyediakan surat kebenaran yang khusus kepada peserta kajian bagi mendapatkan kebenaran secara formal. Melalui surat kebenaran ini peserta kajian akan mendapat serba sedikit maklumat tentang kajian yang dijalankan serta dapat menyiapkan diri dari segi emosi dan fizikal untuk terlibat dalam kajian kami.

Seterusnya kami menetapkan waktu yang bersesuaian untuk melakukan temubual kepada peserta kajian. Tetapan waktu adalah mengikut keselesaan peserta kajian. Hal ini kerana kami mementingkan keselesaan peserta kajian dan untuk memudahkan kami mendapat maklumat yang berguna kepada kajian kami. Disamping itu, kami juga mengadakan pemerhatian dibeberapa kelas yang dihadiri oleh peserta kajian. Hal ini adalah untuk mendapatkan maklumat berguna yang tidak diceritakan oleh peserta kajian. Selain itu, kami juga akan dapat mencari beberapa soalan penting untuk ditanyakan kepada peserta kajian.


Prosedur Pemilihan Tempat Kajian


Pemilihan tempat kajian adalah bersesuaian dengan kajian yang kami lakukan iaitu dibeberapa buah kelas. Kelas ini merupakan subjek atau matapelajaran yang diambil peserta kajian iaitu subjek ppec 3137 penyelidikan tindakan, ppec 3135 kaunseling vokasional dan kerjaya dan ppec 3101 psikologi bilazim.

Pemilihan tempat kajian ini bersesuaian dengan kehendak kajian. Hal ini kerana kelas-kelas ini diadakan pada waktu pagi, tengahhari dan petang. Perkara ini memudahkan kami mengutip data tentang waktu yang sering menjadi pilihan peserta kajian untuk ponteng. Selain itu, ketiga-tiga tempat kajian diajar oleh pensyarah yang berbeza dan cara pengajaran yang berbeza. Perbezaan ini juga akan mempergaruhi maklumat dalam kutipan data.

Permulaan pemilihan tempat kajian, kami akan mengadakan pemerhatian awal secara tidak formal kepada kelas mata pelajaran tersebut. Seterusnya kami membuat surat kebenaran untuk mengadakan pemerhatian dalam ketiga-tiga kelas. Kami membuat pemerhatian sebanyak 2 kali dalam setiap kelas tersebut. Setelah mendapat kebenaran kami mengadakan pemerhatian secara formal keatas peserta kajian dan pelajar-pelajar dalam kelas tersebut.


Kaedah Kajian Tindakan


Kami menggunakan kaedah kualitatif dalam kajian kami. Hal ini kerana kajian kami adalah bersifat kajian kes. Dimana kami mendapatkan fakta asal terus daripada subjek kajian(expert) sama ada didengar, dilihat mahupun dibaca. Kami menggunakan empat langkah asas kajian kualitatif dalam kajian kami seperti merancang, bertindak, memerhati dan merefleks yang dilakukan secara urutan secara gelungan. Kami menjalankan kajian keatas seorang peserta kajian mengenai tingkahlaku ponteng yang dilakukanya. Kami juga membuat program rawatan untuk membantu peserta kajian mengurangkan tingkahlaku tersebut.

Dalam kaedah ini kami mengunakan teknik pemerhatian, temubual dan bukti dokumen. Melalui pemerhatian, kami menyediakan protokal pemerhatian, catatan laporan kajian lengkap dan ringkasan pemerhatian. Dalam aspek temubual pula kami menyediakan protokol temubual, transkrip, dan ringkasan temubual. Kami juga mndapatkan bukti dokumen iaitu bukti data, dokumen dan ringkasan dokumen.


Kebolehpercayaan


Kebolehpercayaan yang kami dapati dalam kajian kami adalah dengan membandingkan jawapan yang diberikan oleh peserta kajian kami dari sesi temubual yang pertama dengan sesi temubual yang ke dua iaitu jawapan yang kami perolehi adalah konsisten. Bagi mendapatkan maklumat yang benar daripada peserta kajian, kami akan menayakan soalan berulang kali dan merekod kenyataan yang diberikan oleh peserta kajian sebagai bukti dalam kajian kami.

Seterusnya, kenyataan yang diberikan oleh peserta kajian kami itu akan kami analisis bagi mendapakan data yang tepat dan memastikan maklumat yang kami perolehi benar dan boleh dipercayai. Dalam sesi temubual yang ke dua kami akan menanyakan beberapa soalan yang kami rasa memerlukan penjelasan yang lebih lanjut.

Selain dari maklumat yang peserta kajian berikan kami juga membuat pemerhatian sebanyak beberapa kali bagi memastikan maklumat yang diberikan oleh peserta kajian adalah sama seperti tindakan yang peserta kajian lakukan iaitu kami melihat sendiri peserta kajian berniaga pada waktu malam dan tidur lewat. Maka dengan itu, kami dapati peserta kajian kami tidak menipu semasa memberikan maklumat kepada kami.


Etika Dalam Kajian


Kami berpegang kepada etika iaitu sebelum melakukan kajian, kami telah mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada peserta kajian untuk mengambilnya sebagai subjek kajian kami. Apabila kami telah mendapat kebenaran daripada peserta kajian kami untuk menemubualnya maka kami mengadakan temujanji untuk menemubual peserta kajian.

Tempat temubual kajian kami lakukan adalah di rumah peserta kajian kerana peserta kajian merasa selesa dan dapat memberi kerjasama yang baik kepada kami. Sebelum membuat temubual, kami menjelaskan sedikit sebanyak tentang etika kerahsiaan yang kami pegang kepada peserta kajian iaitu kami akan merahsiakan identitinya daripada pengetahuan umum dan segala maklumat peribadi yang peserta kajian berikan tidak akan tersebar kepada pengetahuan umum dan hanya digunakan untuk membantu kami mendapatkan data untuk kajian kami.

Nama peserta kajian kami juga, kami menggunakan nama samaran agar peserta kajian merasa selesa untuk ditemubual dan kami hanya merakam suara peserta kajian dan tidak menyiarkan muka peserta kajian kerana peserta kajian tidak membenarkan kami berbuat sedemikain. Kami melakukan sesi tembual mengikut keselesaan peserta kajian dan masa temubual yang kami lakukan adalalah selama 45 minit bagi setiap temubual dan peserta kajian memberikan kerjasama yang baik dengan menjawab semua persoalan kami dengan baik dan tidak memberikan kami masalah sepanjang sesi temubual dijalankan.

Prosedur Kajian

Sebelum melakukan kajian, kami memilih tajuk kajian yang sesuai untuk kami jalankan kajian. Selepas memilih tajuk kajian, kami menetapkan matlamat kajian yang akan kami lakukan dan seterusnya kami merangka soalan-soalan kajian. Soalan kajian yang kami rangka adalah berdasarkan kepada sebab-sebab peserta kajian sering ponteng kelas iaitu adakah berpunca daripada sikap peserta kajian itu sendiri, faktor persekitaran yang mempengaruhi peserta kajian untuk ponteng, pengaruh rakan sebaya ataupun cara pengajaran pensyarah yang tidak berkesan menyebabkan peserta kajian sering ponteng kelas. Sebelum membuat temubual kami mencari peserta kajian yang sesuai dengan matlamat kajian yang kami jalankan iaitu melihat kepada kehadiran pelajar di dalam kelas dan pelajar yang sering ponteng kelas kami jadikan sebagai subjek kajian kami.

Selepas mengenalpasti peserta kajian yang sesuai, kami mendapatkan kebenaran peserta kajian untuk ditemubual dengan memberikan surat secara bertulis dan memohon kejasama itu secara sukarela dan bukannya secra paksaan dan selepas mendapat kebenaran daripada peseta kajian untuk melakukan temubual maka dengan itu temubual kami jalankan seperti yang telah kami jadualkan mengikut keselesaan peserta kajian kami dimana temubual telah dijalankan di rumah peserta kajian. Kedua-dua tembual yang kami lakuakan adalah di rumah peserta kajian dengan mendapatkan kebenaran terlebih dahulu.

Kami mendapatkan data dan maklumat untuk kajian yang jalankan melalui temuabual dan pemerhatian iaitu kami jalankan temubual sebanyak dua kali iaitu setiap temubual adalah selama 45 minit dan kami merekod semua maklumat yang peserta kajian berikan sebagai bukti kajian kami.

Selain temubual yang kami lakukan, kami juga membuat pemerhatian terhadap tindakan peserta kajian kami iaitu kami mengikuti perkembangan peserta kajian kami dengan melihat kepada aktiviti seharian yang dilakukan oleh peserta kajian bagi mengetahui punca-punca peserta kajian kami ponteng kelas dan sebelum kami melakukan pemerhatian kami telah mendapatkan kebenaran daripada peserta kajian kami.

Pemerhatian yang kami lakukan adalah dalam beberapa kelas iaitu kelas PPEC 3135, PPEC 3137 dan PPEC 3101. daripada pemerhatian yang kami jalankan kami dapati peserta kajian kami sering ponteng kelas PPEC 3137 kerana kelas tersebut adalah pada waktu pagi dan peserta kajian kami malas ke kelas kerana mengantuk dan kelas PPEC 3135 kerana cara pembelajaran penyarah yang kurang menarik minat peserta kajian kami untuk ke kelas.

Selain pemerhatian di dalam beberapa kelas, kami juga melakukan pemerhatian di luar kelas iaitu memerhatikan tindakan yang dilakukan oleh peserta kajian semasa waktu lapang dan memerhatikan aktiviti yang sering dilakukan oleh peserta kajian ketika waktu malam. Daripada pemerhatian tersebut, kami dapati pada waktu lapang peserta kajian kami suka melepak dengan rakan-rakan serumah seperti berbual kosong dan pada waktu malam pula peserta kajian kami berniaga hingga lewat pagi bagi mencari wang tambahan. Daripada pemerhatian itu juga, kami jalankan temubual ke dua untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut dan membuat rawatan kepada peserta kajian kami iaitu secara sesi kaunseling yang berkesan.

Read more...

Monday, March 2, 2009

Gambar Rumah Panjai Kami

***Undang ulih kami nimbak ai Julau. Enti enda selalu di racun bala cina, ai Julau sigi mayuh undang. Udang Galah ko melayu***

***Tok gambar ai Julau. Empai ciru nya unggal. Ari ulu tok mimit nanga sungai Bua ke nyadi nama rumah kami***

***Jalai ke pendai ulu. Rumah kami bisi 3 iti pendai***

***Tok meh gaya rumah panjai kami***

Read more...

Gambar pasar Julau


***Sigi gaya ia puang nya wai...gambar diambi maya lemai. Orang udah abis bekedebas pulai***

***Tok gambar diambi ari library Julau. Enda entu nampak endar, hehe mayuh agi perabung***

***Gambar ari stesen bas Julau. Syarikat bas tok enda entu mayuh untung laban alah kasah kereta sapu. Bas nadai agi ke Sibu. Stesen Julau semina nyadi pengetu bas aja***

Read more...

Sunday, March 1, 2009

Asal penatai aku

Aku sigi asal orang julau. Apai enggau indai sigi orang julau. Berbangsa iban..kah ia iban hakhakhak. Rumah panjai aku di Bua, TR. Kapol NG. Bua Julau. Tema pasal Julau ia nya pun lada. Paling besai di kelaba ke aku. Replika pun lada tok di engkah orang ngam berdepan enggau pejabat polis Julau, ba simpang tiga nuju ke Entabai, pasar Julau enggau pansut ari Julau. Julau tok ukai pasar ke besai...enti ko melayu tak pekan aja meh ia...blog kedai nadai bangat mayuh..enti di peling, enda datai sejam datai ba endur kitai tadi...amai pen bakanya...pasar julau tok cukup mayuh orang, kelebih agi maya ari minggu. Orang ke datai ari ulu kanowit, seradak sungai baka ulu Entabai, ulu Ensiring, ulu Mujuk. Utai di jual pun mayuh macam, ni bansa jelu bisi magang..sebut aja babi kampung, landak ular, rusa, kijang, empelanduk, munsang bisi magang. Enti kitak deka nemu enggau sisik agi tok link nuju laman web rasmi pejabat daerah Julau http://www.julaudo.sarawak.gov.my/.Link bukai ke berandau pasal Julau baka http://www.rumahpanjai.com/group/rabanmenuajulau. Dikelaba ke aku cukup kitai berandau ke pasal menua Julau.


Rumah panjai aku di Bua. Siti ari sungai mati ba sungai Julau. Rumah kami enda entu jauh, enda gak semak ari pasar Julau. Umbas ia meh. Ari ili kami orang Sangkong TR. Bidu enggau ari ulu kami orang Udol TR. Luyoh. Bisi dua iti jalai kami ke pasar Julau, ngili ai enggau ari pantai [jalai kampung]. Ari ai kira-kira 45 minit, ari pantai kira-kira 15 minit. Asal jalai tok suba jalai balak. Diatu pun bedau entu manah. Rumah kami empai bisi datai karan..puas bala JKKK minta lalu gak nadai. Taja piak kami ngena Generator meh kongsi sekayu rumah. Ba rumah kami mega bisi tadika KEMAS. Gaya rumah kami agi begantung taja pen tok rumah baru, tembu kira dalam taun 1993 suba. Maya nya aku agi tadika kini. Enda ingat agi. Kami bisi 50 lebih pintu..panjai nya wai...

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP